Profil WB Farm

Latar Belakang Syarikat

WB Farm merupakan satu syarikat 100% milik bumiputra. Ia ditubuhkan pada tahun 2008 dengan nombor pendaftaran niaga 88244. Dengan modal peribadi sebanyak RM50,000 maka pihak kami telah mendirikan sebuah kandang kambing yang berukuran 25 x 80 kaki yang mampu memuatkan secara kondusifnya sebanyak 150 ekor kambing selama 4 tahun beroperasi. Sebagai persediaan untuk melengkapkan diri, saya telah menghadiri pelbagai kursus penternakan kambing dan kursus Pemakanan Ternakan.Selain itu saya juga banyak memperolehi pengetahuan dari bahan bacaan dan media seperti majalah, buku rujukan, internet dan sering bertukar idea serta pengalaman bersama rakan-rakan penternak dari semenanjung mahupun luar negara lain yang turut menceburi bidang ternakan kambing ini. Saya juga sering membuat penyelidikan kendiri tentang pelbagai aspek seperti penyakit , pemakanan, kesihatan dan lain-lain dengan kerjasama pihak-pihak terbabit seperti Pihak jabatan Pertanian, MARDI dan KSVET dari Kuala Lumpur.

Objektif Syarikat

· Untuk menghasilkan sebuah kandang yang effisyen dan lengkap pada masa akan datang.
· Memenuhi kehendak pasaran tempatan dengan memberi perkhidmatan yang terbaik dan berkualti.

Misi Syarikat

· Untuk menjadikan WB farm sebagai pengeluar kambing terulung pada tahun 2013

Visi Syarikat

Merealisasikan peranan WBFarm sebagai pusat kegiatan penternakan kambing,ilmuan dunia penternakan kambing dan potensi produk hiliran dunia kambing dengan mewujudkan sebuah ladang yang berkualiti,terunggul serta mampu memenuhi permintaan setempat.

No comments: